Monday 14 September 2015

ANNUAL GENERAL MEETING


Pada 16 September ini akan diadakan AGM DiPAC
yang akan diadakan di DK 1 FSPPP bermula jam
2.00 petang hinggan 5.00 petang. Para pelajar diwajibkan hadir kerana
waktu inilah anda boleh bertanya sebarang isu yang berbangkit mengenai DiPAC.
Pada masa yang sama, MT DiPAC akan turun jawatan dan akan
di gantikan dengan calon yang baharu, anda boleh melihat wajah wajah
pemimpin DiPAC pada masa akan datang pada hari itu.
Jadi jangan lupa hadirkan diri anda ya !

Kesepaduan Bersama DiPAC

Saturday 5 September 2015


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Tanggal 4 September 2015, telah berlangsungnya MPG AM110
bagi pelajar Tahun Akhir yang telah diadakan di 
The Royale Bintang Resort & Spa Seremban.

Majlis ini adalah yang pertama yang dilangsungkan di hotel
dibawah kelolaan DiPAC dan ia berjalan dengan lancar walaupun
terdapat sedikit masalah teknikal. Namun ia tidak menjejaskan 
persekitaran dan 'mood' para pelajar yang amat gembira dan juga sedih 
setelah mengenangkan segala kenangan mereka sejak mereka
berada di Semester 1, semoga majlis ini menjadi 'moment'
yang paling indah buat mereka semua.

Kami Warga Majlis Tertinggi DiPAC mengucapkan
jutaan terima kasih kepada para pelajar yang hadir
kerana memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang
program ini berjalan. Terima Kasih !

'Kesepaduan Bersama DiPAC'

Sunday 23 August 2015

DiPAC Academic Sport & Health Carnival


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah DASH-C telah dilancarkan dengan program pertamanya
iaitu DASH-C Sport Day yang telah dijalankan pada 22 Ogos 2015
bertempat di Padang UiTM Seremban dan beberapa bangunan di UiTM Seremban

Gambar-gambar kenangan akan di upload di Facebook kami 
yang boleh dilihat melalui 'bar' Galeri di blog ini.

Pada 24-26 Ogos pula akan adanya Elemen Akademik DASH-C
terdapat aktiviti-aktiviti yang disediakan hasil kerjasama
dengan beberapa pihak dan fakulti. Moga ia menjadi salah satu 
platform untuk pelajar menyertai program program ini. 

Nantikan ya !

Kesepaduan Bersama DiPAC