Tentang DiPAC

DiPAC UiTM Seremban adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai perwakilan pelajar Diploma Pentadbiran Awam UiTM  Seremban. Persatuan ini di bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Seremban. Sebagai sebuah kelab, kami di sini menyediakan pelbagai aktiviti untuk pelajar yang merangkumi Kemahiran Insaniah UiTM seperti Akademik, Sukan dan Rekreasi, Keusahawanan, Kebudayaaan dan kesenian dan sebagainya. Oleh itu semua aktiviti dan program yang di anjurkan adalah WAJIB untuk disertai oleh ahli DiPAC dimana tujuan penganjuran program adalah untuk memantapkan sahsiah pelajar dan seterusnya menjadikan ahli-ahlinya berwibawa. Oleh itu kami memohon sokongan dari anda semua agar DiPAC UiTM Seremban menjadi kelab yang unggul dan sentiasa memacu pertumbuhan kecemerlangan dalam kalangan ahlinya.

Dengan Motto COURTESY,BRILLIANCE,VISION mampu meningkatkan azam warga DiPAC UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban ke arah pelajar yang DINAMIK, POSITIF dan SISTEMATIK. DiPAC UiTM Seremban ditubuhkan di bawah persatuan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Seremban. Penubuhan kelab ini secara idealnya adalah untuk menyatukan semua warga Diploma Pentadbiran Awam khasnya. Proses pilihanraya akan dijalankan setiap 2 semester untuk mencari penganti kepimpinan dan perwakilan DiPAC yang baru. DiPAC UiTM Seremban juga menyediakan aktiviti dan program kepada pelajar untuk membina dan menghasilkan pelajar yang mampu untuk berdaya saing dan seimbang melalui aktiviti Kemahiran Insaniah seperti Akademik, Kerohanian, Keusahawanan, Sukan dan Rekreasi, Kebudayaan dan Kesenian serta pelbagai lagi.

MISI DiPAC UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEREMBAN

DiPAC Universiti Teknologi MARA Seremban beriltizam untuk menjaga kebajikan, mewujudkan perpaduan, serta membina keintelektualan ahli-ahlinya dengan memastikan komitmen ahli-ahli terhadap setiap aktiviti yang dianjurkan dan usaha untuk meningkatkan imej Pentadbiran Awam dan UiTM Seremban.

No comments:

Post a Comment