Wednesday 17 June 2015

17 Jun 2015 Perjumpaan Bersama Penasihat DiPAC


 Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera
Pada 17 Jun 2015 telah diadakan satu sesi perjumpaan para pelajar Diploma Pentadbiran Awam
bersama koordinator AM110 / Penasihat DiPAC iaitu Sir Ahmad Idham Bin Mohd Yusof.
Terdapat pelbagai perkara yang diberitahu oleh Sir Arm tentang hal perihal DiPAC dan juga 
perkara yang perlu diambil kira oleh para pelajar. Pada hari ini juga telah dirasmikan 
Kod Pemakaian PTD yang mendapat sambutan oleh para pelajar dari semester 1 hingga 5.
Pada sesi ini juga Majlis Tertinggi DiPAC memperkenalkan diri kepada para pelajar.
Sehubungan dengan itu YDP DiPAC, Saudara Aliff Husniesham yang membawa idea 
'Kod Pemakaian PTD' sehingga dipersetujui oleh semua pihak, beliau menerangkan
dengan lebih lanjut mengenai perihal kod pemakaian ini agar para pelajar lebih jelas tentang 
objektif kod pemakaian tersebut dan faedah-faedah yang akan para pelajar dapat
untuk jangka masa yang pendek mahu pun panjang. T-Shirt DiPAC juga telah diterangkan mengenainya, Akhir kata, para pelajar perlu menjadi pelajar yang berkaliber dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu . Pesanan dari Sir Arm juga supaya jangan menjadi 'KEYBOARD WARRIOR' juga perlu diambil serius kerana TIADA KOMPROMI kepada mereka yang melakukan hal sedemikian kerana ia akan menjejaskan imej sebagai seorang pelajar AM110 dan 
juga nama baik DiPAC. Sekian, Terima Kasih

Kesepaduan Bersama DiPAC


No comments:

Post a Comment