Tuesday 14 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri !

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah , hampir sebulan kita menjalani ibadat puasa
dan melakukan solat sunat terawih di bulan Ramadhan yang penuh dengan
keberkatan ini, pilu rasanya bila kita telah hampir ke penghujung bulan yang Mulia ini.
Semoga amalan-amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT,
In Shaa Allah.

Sehubungan dengan Syawal yang bakal menjelma,
kami warga Majlis Tertinggi DiPAC ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
kepada semua warga FSPPP, Pensyarah-pensyarah, Alumni AM110 dan
siswa dan siswi AM110. Kami menyusun 10 jari x 15 orang MT, ingin 
memohon maaf andai perbuatan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh kami
menyinggung perasaan anda semua, bak kata orang, ' kosong kosong ok?' 

In Shaa Allah, DiPAC akan menjalankan 2 program setelah tamatnya
cuti pertengahan semester iaitu,

1) Mentor Mentee ( Persiapan untuk Common Test)
2) DiPAC Beraya

Nantikan update daripada kami ya !
Selamat Hari Raya Aidilfitri !

No comments:

Post a Comment